Katanya, empat orang pelajar tersebut ialah Siti Nurdini Azaharin; Nur Alisya Asrul; Muhammad Faiz Fitri Ilyas dan Muhammad Firdaus Ahmad Sabri bersama guru pembimbing, Zulpaimin Hamid.

“Tidak sangka pula hasil usaha yang dilakukan oleh pelajar-pelajar berkenaan mendapat hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM600 serta sijil penyertaan.

“Sebanyak 11 buah pasukan dari sekolah menengah lain di negeri ini turut menyertai pertandingan itu dan kejayaan ini begitu bermakna kepada kami,” katanya ketika ditemui di sini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Zulfadzli Zakaria; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda/Yan, Yusof Ismail dan Pengurus Pusat Central Square Sungai Petani, Loong Jee Yun.

Tempat kedua dimenangi oleh Maktab Mahmud Daerah Kuala Muda yang mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM400 manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petani yang memperoleh RM250.

Hadiah kepada kesemua pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman, Teh Swee Leong yang turut merasmikan Sambutan Hari Bumi peringkat negeri itu.

Urusetia kempen tersebut, Harmizal Omar berkata, pelbagai aktiviti diadakan termasuk aktiviti menanam pokok bakau di kawasan Semeling oleh 120 orang pelajar dari beberapa buah sekolah menengah di negeri ini. - UTUSAN ONLINE