Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Laman Web Rasmi sekolah dapat disiapkan. Pihak sekolah berasa sungguh berbangga kerana laman web ini dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Yang Berbahagia Datin Paduka Dato’ Hajjah Azuyah Hassan, DSDK, AMK; sempena kehadiran Yang Berbahagia Dato semasa merasmikan Hari Anugerah Kualiti Akademik dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-3 pada 19.4.2017.

Laman web ini kemudiannya telah dinaiktaraf pada November 2017 menggunakan platform baharu seiring dengan keperluan teknologi maklumat semasa.

Tahniah dan  terima kasih kepada guru-guru dan PIBG yang berusaha  menjayakan penubuhan laman web ini.

Sesungguhnya pelancaran laman web sekolah yang rasmi ini membuka satu lagi lembaran sejarah SMK Bandar Puteri Jaya menandakan kemajuan yang telah dicapai. Sudah tentu laman web ini merupakan salah satu wadah komunikasi era teknologi maklumat untuk semua pihak seperti  guru-guru, pelajar, ibu bapa dan  komuniti sekolah untuk mendapatkan input maklumat dan rujukan.

Laman web ini juga akan menjadi khazanah yang dapat merakamkan pelbagai peristiwa dan aktiviti sekolah dan sebagai wadah teknologi makluman bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran era abad ke-21.

Diharapkan laman web sekolah akan sentiasa dikemaskini malah akan menjadi laman web yang berkualiti. Pelancaran laman web ini tepat masa masanya ketika sekolah mula mengorak langkah memacu kecemerlangan sekolah.

Beriltizam Ke Puncak Jaya

Menjana Insan Cemerlang

 

OSMAN BIN OMAR

Pengetua SMKBPJ.