15/03/2018: Tahniah warga SMK Bandar Puteri Jaya atas penganugerahan Sijil Kecemerlangan, Anugerah Lonjakan Saujana sempena keputusan SPM 2017. Lonjakan saujana merujuk kepada Pengurangan Gred Purata Sekolah yang banyak. Sekolah kita berjaya mencatat Pengurangan Gred Purata Sekolah dari 6.39 SPM tahun 2016 kepada 4.99 SPM tahun 2017, pengurangan sebanyak 1.40.

Hanya 17 buah sekolah menerima sijil kecemerlangan dari pengarah pendidikan negeri Kedah dan SMKBPJ adalah salah satu penerima. Satu pencapaian yang sungguh membanggakan jika dibandingkan dengan usia sekolah yang setahun jagung. Well done! Alhamdulillah! Kekalkan kecemerlangan ini untuk tahun tahun yang akan datang.

Pengetua SMKBPJ, Tuan Haji Osman bin Omar telah menerima anugerah pada 15 Mac 2018 di SM Sultan Badlishah, Kulim.

 

Pelajar cemerlang SPM 2017 bergambar kenangan dengan guru.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid SMK Bandar Puteri Jaya yang telah berjaya mencipta sejarah dengan membawa kejayaan ini ke sekolah kita.

Teruskan Beriltizam ke Puncak Jaya!