Aktiviti 2018

Khas untuk pelajar tingkatan empat dan lima. Anda boleh membuat 'revision' atau persediaan awal SPM dengan menonton video-video e-learning dari pautan laman web sekolah. Sila klik menu e-Classroom.

Kemaskini 18 Ogos 2018: Projek Penghawa Dingin Bilik Fun learning telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya setelah mendapat penajaan secukupnya. Jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada penyumbang. Semoga rezeki dermawan kita diperluaskan oleh Allah S.W.T. 

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. 

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menyediakan dua komputer untuk kegunaan pelajar di Pusat Sumber Baitul Hikmah.

Sebarkan dan tularkan video ini! Energy Efficiency Challenge adalah pertandingan cekap tenaga yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga bermula pada 2014 untuk sekolah-sekolah menengah di Malaysia. SMKBPJ turut menghantar penyertaan untuk tahun 2018.