"Everyone should know how to program a computer, because it teaches how you think."

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. 

Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains.
Pelajar yang berjaya menghabiskan semua tahap akan menerima sijil secara dalam talian.

SMK Bandar Puteri Jaya telah mendaftar seramai 110 peserta untuk menyertai kempen ini. Diharapkan semua dapat meringankan jari anda untuk like dan share post ini untuk memenangi hadiah yang lumayan iaitu sebanyak RM 5000.

"The programmers of tommorow are the wizards of the future"

-Article by Asyraaf Danial.