Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menyediakan dua komputer untuk kegunaan pelajar di Pusat Sumber Baitul Hikmah. Pusat Akses ini memulakan operasi pada 6/3/2018 dengan kemudahan dua komputer lengkap (internet ready) dengan sistem multimedia. Dua komputer berkenaan juga dilengkapi dengan video e-learning untuk subjek tingkatan empat dan lima. Lebih banyak subjek akan disediakan di masa hadapan. Di sini juga terdapat kemudahan internet berkelajuan tinggi percuma membolehkan pelajar dan guru membawa peranti sendiri BYOD (Bring Your Own Device) seperti komputer riba, telefon pintar, tablet, dsb. 

Saksikan pesanan dari cikgu Nurulhuda dan team ICT sekolah Hadi dan Daniel di pautan FB sekolah:  https://www.facebook.com/SMKBPJ/videos/759357314261369/