Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ
“Siapa yang membangun masjid karena Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di surga.”
(HR. Ibnu Majah no. 738)

Kemenjadian murid merupakan agenda utama warga didik SMK Bandar Puteri Jaya. Sekolah ini mempunyai seramai lebih 1700 pelajar muslim, namun belum mempunyai fasiliti surau. Walaupun begitu,Pelajar sentiasa istiqamah mendirikan solat berjemaah ketika di sekolah setiap hari dengan hanya berlapikkan hamparan plastik kalis air, manakala bilik darjah yang ditukar menjadi surau sementara pula digunakan pelajar perempuan.


Untuk makluman, sekolah telah melancarkan dana untuk mendirikan surau dan telah melantik En Zubir Bin Othman (012-4809207) dan En Aznee Bin Othman (012-4323305) sebagai penyelaras untuk menggerakkan usaha pembinaan surau tersebut. Penglibatan waris dalam aktiviti pengumpulan dana amat dialu-alukan. Berikut adalah lampiran maklumat tentang pembukaan Akaun Semasa-i Elektronik untuk dana surau.

 

Name Akaun: PIBG SMK BANDAR PUTERI JAYA - DANA SURAU 
No. Akaun eCA-i: 11-003-100888-1

Untuk menyumbang, sila gunakan nombor Akaun eCA-i di atas apabila membuat transaksi. Untuk Pertanyaan, sila WA nombor berikut:

En Zubir Bin Othman (YDP PIBG)  012- 4809207
WA: http://www.wasap.my/+60124809207/SumbanganSurauSMKBPJ

En Aznee Bin Othman (NYDP PIBG)  012-4323305
WA: http://www.wasap.my/+60124323305/SumbanganSurauSMKBPJ

Berikut merupakan video/foto menggambarkan keadaan semasa:

Pelajar terpaksa bersolat di ruang Dewan Bestari pada setiap hari Rabu, iaitu apabila aktiviti ko-kurikulum pelajar sesi pagi perlu menggunakan dewan tersebut.


Pelajar terpaksa berubah-ubah tempat solat apabila aktiviti-aktiviti pembelajaran dan ko-kurikulum diadakan di Dewan Bestari. Gambar dibawah menunjukkan keadaan sebenar. Sudah tentu terganggu konsentrasi pelajar untuk beribadat dan belajer apabila berada dalam situasi sedemikian. 


Lokasi tapak pembinaan surau.


Kronologi Penubuhan Dana Surau SMKBPJ


19/4/2018:
AJK Bertindak yang dilantik bermesyuarat buat kali pertama. Beberapa keputusan sebulat suara telah dicapai bagi menyegerakan usaha pengumpulan dana surau. Agihan tugasan juga berjalan dengan lancar dengan sararan untuk menyiapkan fasa pertama secepat mungkin untuk menampung keperluan sekitar ~800 pelajar pada satu masa. 
AJK juga sebulat suara bersetuju untuk menetapkan lokasi tapak surau. 

Mesyuarat AJK dipengerusikan bersama oleh Pengetua Haji Osman dan Encik Azman (mantan YDP).

 

 

10/3/2019: Mesyuarat agung PIBG ke 5 sebulat suara telah meluluskan usul untuk melancarkan kutipan derma pada setiap hari Khanis untuk mempercepatkan kutipan dana surau sekolah. Kutipan pertama telah dijalankan pada 14/3/2019 dan akan berterusan pada setiap hari Khamis. Waris dan pelajar digalakkan untuk menderma seikhlas hati.

 

 

31/3/2020: Baki untuk penyata akaun dana surau bertarikh 31/3/2020 ialah RM54,268.28

27/5/2020: Baki untuk penyata akaun dana surau setakat jam 12.38 tengah hari ialah RM205,730.86. Hanya RM172,000 sahaja lagi diperlukan untuk mencukupkan prasyarat kelulusan JPN iaitu 80% dari keseluruhan kos untuk memulakan pembinaan surau kekal untuk SMK Bandar Puteri Jaya.