.

Kemaskini 18 Ogos 2018: 
Projek Penghawa Dingin Bilik Fun learning telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya setelah mendapat penajaan secukupnya. Jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada dermawan tertera dibawah. Semoga rezeki dermawan kita diperluaskan oleh Allah S.W.T.
 

Senarai  penyumbang :

1.  Tuan Lim Kok Cheng. Sumbangan RM1000 
2.  Dato Haji Johari Bin Alifiah. Sumbangan RM1000
3.  Hamba Allah: Sumbangan 3 buah penghawa dingin 1.5 HP
4.  Puan Zalina Abdul Hamid: Penajaan kos pemasangan 3 penghawa dingin 1.5 HP.

Keperluan kelengkapan seterusnya adalah peralatan Sistem Audio dan Visual. Untuk penderma yang berminat, sila hubungi wakil PIBG di talian 012 4526879 (Puan Sham), atau gunakan fungsi 'Send Message' di laman FB rasmi sekolah.

Artikel Asal

Untuk makluman, pihak sekolah telah menyediakan bilik 'Fun-Learning' kepada pelajar dalam usaha mengembalikan aspek 'FUN' dalam process pembelajaran. Ianya juga bertujuan mendekatkan pelajar-pelajar yang kurang berminat dengan proces pembelajaran biasa dengan kaedah fun-learning ini. Buat masa sekarang, bilik fun learning hanya dapat beroperasi pada sebelah pagi. Ini adalah kerana bilik tersebut berada di tingkat tiga dan masih tidak dilengkapi dengan penghawa dingin. Cuaca yang panas pada waktu tengahari dan petang didapati tidak kondusif untuk guru dan pelajar menggunakan bilik tersebut. Selain dari itu, bilik ini juga kekurangan peralatan-peralatan asas sistem audio dan perabut.  

Oleh yang demikian, pihak PIBG mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam bentuk tunai dan peralatan bagi memperlengkapkan bilik fun learning ini demi kecemerlangan pelajar-pelajar SMKBPJ. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil PIBG di talian 012 4526879 (Puan Sham), atau gunakan fungsi 'Send Message' di laman FB rasmi sekolah.

19/4/2018: Gambar menunjukkan keadaan sebenar bilik 'Fun-Learning'.

 Bilik yang dialas sepenuhnya dengan 'Foam-Mat'

 

Pentas kecil untuk pelajar berlatih 'public-speaking' dan persembahan.

 

Kelengkapan alat bantu belajar yang agak lengkap.

 

Telivisyen tanpa 'TV Bench' yang sempurna.

 

PAK21 toolset.

 

Kemaskini 29/7/2018: Bilik gerakan yang agak sempit dengan meja dan kerusi terhad juga memerlukan penghawa dingin.

 

Kemaskini 29/7/2018: Satu unit penghawa dingin 2.5 HP yang di taja waris siap dipasang tetapi masih belum cukup untuk menampung bilik yang sangat luas.

 

 

 

Kemaskini 29/7/2018: Tiga lagi penghawa dingin masih belum dipasang. Pihak sekolah sangat berbesar hari sekiranya ada waris yang sudi menaja kos pemasangan. Waris yang berminat boleh menghubungi Cikgu Suriana di talian 013-245 8474