Energy Efficiency Challenge adalah pertandingan cekap tenaga yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga bermula pada 2014 untuk sekolah-sekolah menengah di Malaysia. SMKBPJ turut menghantar penyertaan.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk:
(i) Membudayakan kehidupan cekap tenaga di kalangan generasi muda bagi memastikan tenaga elektrik dapat digunakan dengan sebaiknya.
(ii) Mendidik dan memupuk budaya menjimatkan tenaga elektrik di kalangan para pelajar dan warga sekolah.
(iii) Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga sekolah mengenai kesan penjimatan tenaga elektrik kepada alam sekitar.

Bagi tahun 2018, pertandingan ini berlangsung selama 6 bulan iaitu dari April – September 2018 dan antara kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Penjimatan Elektrik dan Kategori Video.

Saksikan video pendek hasil kreativiti pelajar SMKBPJ di pautan berikut:

Link Facebook: https://www.facebook.com/288489677869515/videos/327211621360362/

Link Youtube: https://youtu.be/GZn_vq_OdDU