Aktiviti 2019

Untuk makluman, sekolah telah melancarkan dana untuk mendirikan surau dan telah melantik  Encik Azman Bin Kassim (Tel: 013-2485369) sebagai penyelaras untuk menggerakkan usaha pembinaan surau tersebut. Penglibatan waris dalam aktiviti pengumpulan dana amat dialu-alukan.

Projek laman hijau PIBG adalah projek kerjasama PIBG dan sekolah. Fasa pertama laman PIBG adalah merupakan 'vertical garden', dimana tujuan  asalnya ialah untuk menceriakan halaman berdekatan dewan terbuka dimana pelajar-pelajar lelaki berhadapan semasa mendirikan solat berjemaah.  

SMKBPJ ini telah terpilih sebagai sekolah transformasi kohort 3 dengan kebitaraan sekolah adalah Pembelajaran Abad ke-21. Saksikan amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan.

Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMKBPJ telah berjaya menghasilkan produk roselle berskala kecil melalui Projek Tanaman Roselle PPKI SMKBPJ. Terdapat dua produk utama iaitu jus roselle dan juga jem roselle yang berjaya dihasilkan setakat ini.

Pihak PIBG ingin memohon bantuan dana dari waris yang berkemampuan untuk menyumbang set meja dan kerusi untuk tujuan wakaf ilmu. Sumbangan meja dan kerusi yang diperlukan adalah sebanyak 80 unit setiap satu. Dermawan yang ingin menyumbang boleh berhubung terus dengan Cikgu Azhan di talian (019-473 0998). Klik nombor telefon untuk berhubung terus malalui applikasi WhatsApp. 

PIBG SMKBPJ telah berjaya melancarkan kempen untuk memasang kain rentang 'Terima Kasih Cikgu' mengelilingi pagar sekolah untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada guru SMKBPJ sempena sambutan hari guru 2019. Kemuncak acara ialah Majlis Iftar bersama guru dan warga asnaf SMKBPJ. Orang ramai telah dijemput menyertai kempen ini dengan menaja ruang iklan di sepanjang kain rentang (banner) tersebut.