Projek laman hijau PIBG adalah projek kerjasama PIBG dan sekolah. Fasa pertama laman PIBG adalah merupakan 'vertical garden', dimana tujuan  asalnya ialah untuk menceriakan halaman berdekatan dewan terbuka dimana pelajar-pelajar lelaki berhadapan semasa mendirikan solat berjemaah.   Sebahagian sumbangan adalah dari tabung PIBG dan sebahagian lagi adalah sumbangan waris.  Tidak ketinggalan juga sumbangan dari guru PPKI SMKBPJ Cikgu Norliza binti Kamaruddin, dan dari rakan komuniti SMKBPJ iaitu Encik Roshidi Bin Awang Kechik yang banyak menyumbang kepakaran  secara langsung untuk menyediakan sistem pengairan/siraman yang semi-automatik bagi memudahkan penyelenggaraan dimasa hadapan. 

Laman hijau PIBG telah di rasmikan semasa mesyuarat agung PIBG SMKBPJ 2019. Pihak sekolah memerlukan lebih sukarelawan dari kalangan waris dan rakan komuniti untuk mersama-sama menjayakan fasa penambahbaikan laman PIBG sekolah ini.

 

Keadaan asal dan selepas projek dilaksanakan.

 

 

 

Kawasan laman hijau PIBG menjadi tarikan warga SMKBPJ untuk bergambar.

Untuk mengetahui perkembangan terkini  Laman PIBG SMKBPJ, sila layari pautan facebook rasmi sekolah.