.
Kemenjadian murid merupakan agenda utama warga didik SMK Bandar Puteri Jaya. Pelajar sentiasa istiqamah mendirikan solat berjemaah ketika di sekolah setiap hari dengan hanya berlapikkan hamparan plastik kalis air, manakala bilik darjah yang ditukar menjadi surau sementara pula digunakan pelajar perempuan.


Untuk makluman, sekolah telah melancarkan dana untuk mendirikan surau dan telah melantik Encik Azman Bin Kassim (Tel: 013-2485369) sebagai penyelaras untuk menggerakkan usaha pembinaan surau tersebut. Penglibatan waris dalam aktiviti pengumpulan dana amat dialu-alukan. Berikut adalah lampiran maklumat tentang pembukaan Akaun Semasa-i Elektronik untuk dana surau.

 

Maklumat penting adalah seperti yang berikut.

PIBG SMK BANDAR PUTERI JAYA - DANA SURAU
SMK BANDAR PUTERI JAYA
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH

No. Akaun eCA-i: 11-003-100888-1

Sila gunakan nombor Akaun eCA-i di atas apabila membuat transaksi.

Gambar bawah: Pelajar terpaksa bersolat dikawasan berumput dan terbuka terutamanya pada setiap hari Rabu, iaitu apabila aktiviti ko-kurikulum pelajar sesi pagi menggunakan Dewan Bestari.

 

 

Gambar bawah: Kelihatan seorang guru terpaksa bersolat dibawah panas terik di saf belakang. Senario ini walaupun bukan kebiasaan tapi kerap terjadi apabila ruang Dewan Bestari digunapakai untuk aktiviti lain.

 

 

Saksikan juga kemeriahan suasana solat berjemaah yang sering didirikan di Dewan Bestari.


8/4/2018: Encik Azman Bin Kassim (Tel: 013-2485369) yang telah dilantik untuk sebagai penyelaras aktiviti kutipan dana dan pembinaan surau SMKBPJ dengan sokongan AJK PIBG lain. Akaun khusus untuk kutipan dana masih dalam prosess.  Buat masa ini sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank PIBG sekolah.  Bank Islam Akaun#: 02020010071726. Untuk rekod, sila maklumkan sumbangan saudara ke pihak biro ICT sekolah dengan mengunakan fungi send message di laman FB rasmi sekolah.

 

19/4/2018: AJK Bertindak yang dilantik bermesyuarat buat kali pertama. Beberapa keputusan sebulat suara telah dicapai bagi menyegerakan usaha pengumpulan dana surau. Agihan tugasan juga berjalan dengan lancar dengan sararan untuk menyiapkan fasa pertama secepat mungkin untuk menampung keperluan sekitar ~800 pelajar pada satu masa.  AJK juga sebulat suara bersetuju untuk menetapkan lokasi tapak surau.

Mesyuarat AJK dipengerusikan bersama oleh Pengetua Haji Osman dan Encik Azman.

 

Lokasi tapak pembinaan surau.