BERILTIZAM KEPUNCAK JAYA

klik di sini untuk mendengar lagu sekolah

Kami penuntut SMK Bandar Puteri Jaya
Sekolah bersih, indah, ceria
Putih, hitam, biru, merah kuning lencananya
Kami berinspirasi kami berbangga

Padamu guru kami hormati
Komitmenmu disanjung tinggi
Kami beriltizam tekad di hati
Insan cemerlang visi kami

Padamu Malaysia
Kami berikrar taat dan setia
Padamu ibubapa
Kami akan berbakti dan berjasa

Marilah beriltizam dan berdoa sentiasa
Merealisasikan kejayaan milik semua
Mengharumkan nama sekolah kita
Merealisasikan kejayaan milik semua

Hingga ke puncak jaya (2x)

 

MESEJ YANG TERKANDUNG DALAM LAGU SEKOLAH

Rangkap Pertama
Kecintaan. kesukaan dan kebanggaan pelajar terhadap sekolah kerana keindahan, kecantikan dan kebersihan sekolah. Maksud di sebalik warna-warna yang ada pada lencana sekolah juga telah menjadikan pelajar yang bewawasan dan mempunyai matlamat belajar yang jelas.

Rangkap Kedua
Semua pelajar mestilah menghormati guru sebagai penyampai ilmu dan pembentuk sahsiah yang terpuji. Semua pelajar mesti juga berazam bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang cemerlang seperti mana motto yang tercatat pada lencana sekolah iaitu "Menjana Insan Cemerlang"

Rangkap Ketiga
Ikrar atau janji pelajar untuk taat dan setia kepada negara serta akan menghargai pengorbanan ibu bapa dan membalas jasa mereka. Komitmen ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Rangkap Keempat
Semua warga sekolah mesti bersama-sama berazam dan bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik bagi memperolehi kejayaan. kejayaan yang diperolehi usdah tentu akan menaikkan nama sekolah. Di samping ikhtiar dan usaha, doa juga merupakan elemen yang penting dalam mengejar kejayaan.

 

PENGGUBAH LAGU SEKOLAH

Lirik
Osman bin Omar

Melodi
Hartini binti Othman