SMKBPJ: Lencana Sekolah

 

HURAIAN LENCANA SMK BANDAR PUTERI JAYA, SUNGAI PETANI, KEDAH.
Bentuk asas ialah gabungan dua komputer riba yang melambangkan warga SMKBPJ yang bersatu padu dengan menamalkan unsur rohani dan emosi secara bersepadu merangkumi aspek kepercayaan kepada agama, penghayatan nilai-nilai murni, sanggup berkorban tanpa mengira masa dan tenaga serta menjalankan kehidupan yang sihat bagi menghasilkan warga SMKBPJ yang sentiasa cergas fizikal dan kesihatan diri.


Topi
Melambangkan hala tuju sekolah bagi mencapai visi dan misi sekolah serta melahirkan insah yang cemerlang

Gear dan Kelalang Kon
Melambangkan insan yang menguasai ilmu sains dan teknologi serta menjadi warga yang berkebolehan mencipta inovasi ekonomi kea rah negara maju

Peta I-Think
Salah satu keperluan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran alaf 21 bagi menggalakkan percambahan idea pelajar untuk melahirkan insan yang berkemahiran berfikir aras tinggi

Tiga Rangkaian Bulatan
Melambangkan pembentukan dan pembinaan insan secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform

Jalur Kuning, Merah, Biru
Melambangkan manifestasi transformasi pendidikan secara menyeluruh bagi menghasilkan insan yang terbaik dan bakal memacu hasrat pembangunan negara dari aspek ekonomi, social, budaya dan teknologi


Komputer Riba
Melambangkan insan yang sentiasa memanfaatkan sumber ICT kea rah memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinddi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid

Tiga Rangkaian Bulatan
Melambangkan percambahan daya pemikiran yang kreatif, inovatif, logik, dan analitis.