Senarai murid dan kelas untuk tingkatan satu telah dikeluarkan. Murid boleh menyemak kedudukan kelas dari menu utama 'Senarai Kelas' > 'Tingkatan Satu'
Kata Alu-Aluan Pengetua
Dengan terbinanya laman web ini, segala kejayaan yang telah dicapai dapat dijadikan dorongan bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang selari dengan motto sekolah “Menjana Insan Cemerlang” dan slogan sekolah “Beriltizam Ke Puncak Jaya”. Kejayaan membina laman web ini adalah melalui gandingan kemahiran Waris yang menjadi AJK PIBG di bawah Biro ICT PIBG, guru dan murid dalam bidang multimedia dan ICT yang dapat menjadikan laman ini lebih menarik dari segi paparan, kualiti, gambar serta persembahan.
Untuk makluman, sekolah telah melancarkan dana untuk mendirikan surau dan telah melantik En Zubir Bin Othman (012-4809207) dan En Aznee Bin Othman (012-4323305) sebagai penyelaras untuk menggerakkan usaha pembinaan surau SMKBPJ. Penglibatan waris dalam aktiviti pengumpulan dana amat diperlukan. Laman FB "Projek Surau SMK Bandar Puteri Jaya" juga telah diwujudkan untuk menyalurkan maklumat terkini.
Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMKBPJ telah berjaya menghasilkan produk roselle berskala kecil melalui Projek Tanaman Roselle PPKI SMKBPJ. Terdapat dua produk utama iaitu jus roselle dan juga jem roselle yang berjaya dihasilkan setakat ini.
SMKBPJ ini telah terpilih sebagai sekolah transformasi kohort 3 dengan kebitaraan sekolah adalah Pembelajaran Abad ke-21. Saksikan amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan.
Dalam menghadapi wabak virus COVID-19, pihak koperasi telah mengambil langkah berjaga-jaga. Waris diminta patuh SOP semasa berurusan.
Senarai murid dan kelas untuk tingkatan satu telah dikeluarkan. Murid boleh menyemak kedudukan kelas dari menu utama 'Senarai Kelas' > 'Tingkatan Satu'
Projek laman hijau PIBG adalah projek kerjasama PIBG dan sekolah. Fasa pertama laman PIBG adalah merupakan 'vertical garden', dimana tujuan asalnya ialah untuk menceriakan halaman berdekatan dewan terbuka dimana pelajar-pelajar lelaki berhadapan semasa mendirikan solat berjemaah.
Montaj sekitar kejayaan PIBG SMKBPJ sepanjang tahun 2018/2019. Montaj ini telah ditayangkan pada Mesyuarat Agung PIBG 2019.
PIBG SMKBPJ telah berjaya melancarkan kempen untuk memasang kain rentang 'Terima Kasih Cikgu' mengelilingi pagar sekolah untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada guru SMKBPJ sempena sambutan hari guru 2019. Kemuncak acara ialah Majlis Iftar bersama guru dan warga asnaf SMKBPJ. Orang ramai telah dijemput menyertai kempen ini dengan menaja ruang iklan di sepanjang kain rentang (banner) tersebut.
Recently Intel Foundation has pledged to support coronavirus relief efforts in communities where the company has a significant presence. On May 10th and 11th, 428 impacted and deserving families from a small town of Sungai Petani, 32km north of Intel Kulim Malaysia received Covid-19 relief packages containing perishable foods with personal supply of masks and hand sanitizers. The packages were delivered through a partnership with 2 schools in the district.
Pada 6 hingga 7 Nov 2017, seramai 15 orang (5 kumpulan) telah dihantar bagi memasuki pertandingan Kedah Young Innovate 2017 (KYI 2017) di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. SMKBPJ telah memenagi pelbagai anugerah termasuk hadiah utama kategori Education.
Tahniah Warga SMKBPJ diatas pemilihan sekolah sebagai pilot school untuk Program Transformasi Sekolah TS25 3.0.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya juga merupakan antara 3 sekolah terawal di Malaysia menerima penarafan empat bintang untuk Pembelajaran Abad ke-21.
Simposium : Merangkai Titik-Titik (Connecting The Dots) bermula daripada 25 hingga 26/2/2018 yang berlangsung di Dewan Utusan, Kuala Lumpur telah menyaksikan penyertaan SMKBPJ sebagai sekolah contoh perlaksanaan Modul 10 Minit.
15/03/2018: Tahniah warga SMK Bandar Puteri Jaya atas penganugerahan Sijil Kecemerlangan, Anugerah Lonjakan Saujana sempena keputusan SPM 2017. Hanya 17 buah sekolah menerima sijil kecemerlangan dari pengarah pendidikan negeri Kedah.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puteri Jaya di sini, muncul sebagai pemenang Pertandingan Penciptaan Inovasi dan Kitar Semula 2019 sempena Kempen Hari Bumi Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Pusat Beli-belah Central Square, hari ini.
Kelab inovasi SMK Bandar Puteri Jaya tingkat kreativiti pelajar, pupuk minat STEM
Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer.
Khas untuk pelajar tingkatan empat dan lima. Anda boleh membuat 'revision' atau persediaan awal SPM dengan menonton video-video e-learning dari pautan laman web sekolah. Sila klik menu e-Classroom.
Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menyediakan dua komputer untuk kegunaan pelajar di Pusat Sumber Baitul Hikmah.
Kemaskini 18 Ogos 2018: Projek Penghawa Dingin Bilik Fun learning telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya setelah mendapat penajaan secukupnya. Jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada penyumbang. Semoga rezeki dermawan kita diperluaskan oleh Allah S.W.T.
Pihak PIBG ingin memohon bantuan dana dari waris yang berkemampuan untuk menyumbang set meja dan kerusi untuk tujuan wakaf ilmu. Sumbangan meja dan kerusi yang diperlukan adalah sebanyak 80 unit setiap satu. Dermawan yang ingin menyumbang boleh berhubung terus dengan Cikgu Azhan di talian (019-473 0998). Klik nombor telefon untuk berhubung terus malalui applikasi WhatsApp.
Sila 'follow' facebook rasmi SMKBPJ' untuk menikuti infomasi dan foto sekitar aktiviti terkini sekolah. untuk menikuti infomasi dan foto sekitar aktiviti terkini sekolah. Untuk lebih paparan foto terkini, sila layari facebook smkbandarputerijayafotoklik.
Sila 'follow' facebook Projek Surau Bandar Puteri Jaya untuk mengikuti perkembangan terbaru berkenaan pengumpulan dana penubuhan surau kekal SMKBPJ
Sila 'follow' facebook PPKI SMKBPJ untuk mengikuti perkembangan terbaru berkenaan program pendidikan khas integrasi SMKBPJ.