PIBG dengan usahasama  komuniti sukarelawan SMKBPJ telah berjaya menganjurkan Program Jom Asyura 
pada 27 September 2020. Program yang mendapat tajaan Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd bertujuan meningkatkan silaturahim dan meningkatkan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan juga komuniti sukarelawan SMKBPJ. 

Sebanyak 10 kawah bubur asyura telah disediakan oleh peserta. Selain bubur asyura, hidangan sarapan dan juga makanan tengahari juga disediakan oleh sukarelawan terlibat. Program kali ini anggap berjaya mengeratkan hubungan warga sekolah, ibu-bapa dan juga komuniti setempat.

Pihak Adabi Consumer Industries pula tidak ketinggalan menaja rempah ratus yang diperlukan selain mengadakan kiosk bergerak untuk warga SMKBPJ membeli perbagai barangan ADABI dengan harga diskaun. Antara produk yang menjadi buruan ialan Kari Daging Adabi dalam tin.
 
Saksikan sedutan meriah suasana gotong royong di hari kejadian, dan juga pesanan ringkas dari YDP PIBG En. Zubir Bin Othman.
 
 
 
  

  

 

 

 Selanjutnya, saksikan suasana meriah ini di laman FB sekolah